1. Zahid Hamidi berkata dialah orangnya yang menjatuh saya demi menyelamat UMNO.
2. Sebenarnya UMNO kalah dalam PRU 14. Kalah tidak bermakna hapus. Kalah bermakna tidak dapat jadi Kerajaan.
3. Di waktu Zahid datang jumpa saya, dia baru jadi Presiden UMNO. Dia ingin tahu apa akan jadi kepada UMNO setelah kalah.
4. Bagi saya UMNO sudah tidak lagi berpegang kepada dasar penubuhan UMNO iaitu berjuang untuk bangsa, Negara dan agama. Parti yang mengguna nama UMNO berjuang untuk wang (Cash is King).
5. Oleh kerana perjuangan tidak sama dengan perjuangan asal UMNO, hak untuk dikenali sebagai parti UMNO sudah hilang. Oleh itu adalah lebih baik bagi nama UMNO tidak diguna dengan cara membubar parti yang mengguna nama UMNO.
6. Zahid tidak bersetuju dan tidak membubar partinya yang mengguna nama UMNO.
7. Saya tidak boleh dijatuh oleh Zahid atau UMNOnya. Parti yang kalah tidak berhak jatuh parti yang menang. Selepas berjumpa, Zahid kali kedua, beliau cuba jelaskan yang dia tidak bersalah dalam tuduhan rasuah yang disebar umum.
8. Saya jelaskan saya tidak berkuasa membebaskan beliau. Bukti yang cuba ditunjuk kepada saya sepatutnya ditunjuk kepada hakim mahkamah.
9. Sebab yang saya letak jawatan ialah apabila kemudian parti saya, Bersatu, menolak nasihat saya. Pada kebiasaannya apabila seorang pemimpin tidak lagi diberi kepercayaan oleh pengikutnya dia, secara terhormat sepatutnya letak jawatan. Dan itulah yang saya lakukan.
10. Zahid tidak perlu mendabik dada sebagai hero yang menjatuh saya dan menyelamat UMNO.
11. Zahid bukan hero. Ia hanya seorang yang menghadapi tuduhan dalam mahkamah dan sanggup bekerjasama dengan musuh ketat UMNO, iaitu DAP, supaya jadi Timbalan Perdana Menteri demi menyelamatkan dirinya dari dibicara berkenaan kesalahannya.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
12 Ogos 2024
#InspirasiChannelz | Foto : Chedet Official