𝗕𝗢𝗛…𝗟𝗔𝗚𝗜

1. Anwar masih cuba gambarkan anak saya adalah billionaire kerana kononnya memiliki aset berjumlah 1.2 billion.

2. Sebenarnya angka ini tidak betul. Yang pertama jumlah ini adalah bagi dua anak iaitu Mirzan dan Mokhzani.

3. Dan RM1.2 billion ini tidak sama dengan harta kekayaan mereka kerana SPRM menjelaskan bahawa harta kekayaan berjumlah RM120 million milik Mirzan dan RM 316 million milik Mokhzani.

4. Jika dijumlah kedua-dua aset mereka ialah RM 436 million.

5. Dari mana datang angka RM 1.2 billion yang disebut berkali-kali oleh DS Anwar.

6. Kononnya mereka termasuk dalam kalangan maha kaya yang disindir mendapat kekayaan kerana sakau duit Kerajaan.

7. Apa bukti yang mereka telah sakau duit Kerajaan. Kenyataan SPRM tidak menyebut perkara ini.

8. Apakah bukti yang saya tolong mereka sakau duit Kerajaan.

9. Saya telah saman fitnah terhadap Anwar. Sudah sampai dua tahun Anwar masih tidak tunjuk bukti. Tetapi Anwar masih mengulangi sindiran bahawa saya di antara pemimpin tinggi yang sakau berbillion Ringgit duit Kerajaan. Anwar menggesa supaya saya guna kekayaan saya untuk menolong orang Melayu yang miskin.

10. Mungkin Anwar tahu dimana duit berbillion ini ada. Saya tidak tahu. Anwar boleh bagi maklumat dimana berada duit yang saya sakau ini dan saya akan beri semua 100% kepada orang miskin.

11. Ini ikrar saya dan saya sanggup jamin yang saya akan tunai janji saya.

12. Jika tidak, Anwar bila buka mulut, bohong.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

24 Februari 2025

#InspirasiChannelz | inspirasichannelz.com

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Rebut peluang, Rafizi gesa belia segera daftar haji

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Seri Rafizi Ramli...

PM bukan penjenayah, tidak perlu cuti, kata PKR Klang

KUALA LUMPUR, 6 JUN — PKR Klang kesal seruan...

PM gagal, 5,000 staf Petronas jadi korban, kata Isham

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Bekas Ahli Majlis Kerja...

PERKASA selar TNB naik tarif elektrik 14 peratus

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...