1. Oi! Bila lagi?
2. Kata nak tunjuk bukti jika diberi masa dua minggu.
3. Sekarang sudah lebih satu tahun.
4. Bukti konon saya curi duit Kerajaan berbillion βbillion.
5. Duit sebanyak ini tidak boleh disembunyi.
6. Kalau benar saya curi berbillion Ringgit, awak tentu boleh bukti.
7. Tapi mana dia bukti??
8. Konon ada kotak penuh dengan dokumen-dokumen. Tunjuk la.
9. Oh. Rahsia konon.
10. Ada duit di bank Switzerland.
11. Saya jemput kita sama-sama pergi Switzerland.
12. Senyap sunyi. Tak sambut jemputan saya.
13. Sebaliknya pergi kacau anak saya.
14. Tunjuk la β mereka bagi berbillion kepada saya?
15. Tidak tunjuk sampai sekarang.
16. Yang tahu cakap bohong.
17. Buka mulut bohong.
18. Takut hadap mahkamah.
19. Tidak payah takut
20. Semua orang tahu awak bohong.
21. Tunjuklah bukti kalau ada. Saya sedang tunggu.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
6 Ogos 2024
#InspirasiChannelz | https://thechedet.com