Zaman beliau (Guan Eng) sudah berlalu dan berilah kepercayaan kepada kepemimpinan DAP yang ada sekarang ini, jangan nak menyiku mana-mana sahabat

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, supaya tidak menyinggung UMNO yang bersama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO itu berkata, zaman pemimpin DAP itu sudah berlalu dan seharusnya Ahli Parlimen Bagan terbabit memberi kepercayaan kepada pimpinan baharu parti berkenaan.

“Zaman beliau (Guan Eng) sudah berlalu dan berilah kepercayaan kepada kepemimpinan DAP yang ada sekarang ini, jangan nak menyiku mana-mana sahabat,” katanya selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini, hari ini.

Guan Eng sebelum ini dilaporkan mengingatkan UMNO bahawa sebarang program bersama parti pembangkang khususnya PAS akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Guan Eng berkata, ia termasuk perhimpunan solidariti atau demonstrasi terutama himpunan aman tanda solidariti kepada Datuk Seri Najib Razak pada Isnin ini.

Katanya, UMNO perlu sedar sebarang program bersama parti pembangkang akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

#InspirasiChannelz | inspirasichannelz.com

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Malaysia negara Melayu, bukan berbilang kaum, kata Tun Mahathir

Oleh Kamil Awang  KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Tun Dr...

Sokong akhbar Cina, PERKASA desak pensyarah lucut warga negara

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

PAS fitnah Perak lulus ladang babi tanpa lesen, kata Tok Mat

KUALA LUMPUR, 19 APRIL — Datuk Seri Mohamad Hasan...

Ringgit susut kerap naik gaji minimum, kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad...