Zahid mahu gabungan BN-PH++ hadapi PRN Sabah

KUALA LUMPUR, 15 MEI — Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan mana-mana parti atau gabungan politik pusat wajib bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Presiden UMNO itu berkata, Barisan Nasional (BN) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik Sabah bagi menghadapi PRN tidak lama lagi. 

“Walaupun kita belum memuktamadkan bentuk grand coalition. Kita sedang mengeksplorasi beberapa kemungkinan yang saya sebutkan.

“[Gabungan itu seperti] BN-Pakatan Harapan (PH) Plus Plus Plus kerana sepatutnya kita tidak tertakluk kepada satu atau dua sahaja gabungan.

“Namun kami merasakan hakikat yang penting parti politik atau gabungan yang berpangkalan di pusat, wajib bekerjasama dengan parti politik atau gabungan politik di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Putrajaya hari ini. 

Gerakan Rakyat Sabah (GRS) sebelum ini berkeras untuk menyertai PRN Sabah secara bersendirian jika BN dan PH mahu bersama membentuk gabungan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri patut dipimpin parti tempatan yang memahami realiti, budaya dan keperluan rakyat setempat.

Zahid berkata UMNO sudah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan GRS dan terbuka untuk berunding dengan parti politik lain di Sabah.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...