Zahid: Jawatankuasa khas bakal selaras modul, guru PASTI

KUALA LUMPUR, 9 MEI — Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan mesyuarat Majlis Sosial Negara hari ini bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Pendidikan Islam Prasekolah.

Timbalan Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu bertujuan menyelaras aspek pendaftaran, pembangunan kurikulum serta kebajikan guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). 

“Mesyuarat hari ini menyentuh isu kritikal sosial negara termasuk penyelarasan institusi pendidikan prasekolah Islam dan perlindungan menyeluruh terhadap kanak-kanak rentan.

“Selain turut membincangkan strategi penyelesaian isu pendaftaran, kurikulum dan tenaga pengajar di PASTI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata satu kertas cadangan akan diangkat kepada jemaah menteri mengenai pelan hala tuju pendidikan awal kanak-kanak yang lebih tersusun dan berpaksikan kualiti.

Katanya, mesyuarat juga bersetuju menubuhkan pasukan petugas bagi menangani kebejatan sosial dalam kalangan pelajar tercicir termasuk isu penyalahgunaan dadah.

Sementara itu, Zahid berkata mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan penyelarasan bersepadu memastikan kesejahteraan kanak-kanak GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Katanya, pelbagai kementerian, agensi dan institusi agama negeri akan memastikan kesejahteraan kesemua kanak-kanak yang diselamatkan itu.

“Aspek pemantauan, perlindungan dan kebajikan kesemua kanak-kanak itu akan terus diperkukuh sejajar dengan hak mereka sebagai pewaris masa depan negara.

“Kerajaan memperuntukkan RM1.2 juta bagi menyokong program pembangunan jati diri, advokasi keibubapaan dan pemulihan spiritual komprehensif bagi kanak-kanak itu,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...