Zahid doakan Zafrul tenang tunai ibadah haji

KUALA LUMPUR, 3 JUN — Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan keputusan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan UMNO dan mahu menyertai PKR.

Presiden UMNO berkata tindakan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri itu wajar selepas dilihat tiada lagi kesetiaan kepada parti, lapor BERNAMA.  

“Eloklah keluar kalau tidak ada kesetiaan dalam parti. Jangan ganggu dia kerana dia sedang mengerjakan haji, moga-moga ketenangan menyelubungi mindanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di London semalam sempena lawatan kerja empat hari ke United Kingdom. 

Katanya, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan perlu mengadakan perbincangan agar kerusi menteri yang dipegang Tengku Zafrul dikembalikan kepada UMNO.

“Hak mutlak pelantikan menteri ini adalah budi bicara Perdana Menteri. 

“Elok kita adakan perbincangan secara dalaman supaya tidak timbul interpretasi yang pelbagai dalam perkara ini,” katanya. 

Tengku Zafrul yang kini berada di tanah suci Makkah mengumumkan meninggalkan UMNO minggu lalu dan mahu menyertai PKR.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...