Zaharin seru SKMM fokus bendung video lucah Melayu

KUALA LUMPUR, 13 MEI — Datuk Zaharin Mohd Yasin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau kandungan lucah dalam laman sesawang tempatan. 

Aktivis politik itu berkata ketika ini terdapat ramai orang Melayu beragama Islam membintangi video lucah dalam kandungan laman tempatan. 

“SKMM jangan menyibuk memantau tulisan warga maya yang ambil tahu soal politik. Ambil tahu juga kandungan lucah di laman sesawang.

“Kawan saya hantar gambar beritahu bahawa sudah ramai orang Melayu berlakon filem lucah. Jika video ambil sendiri bolehlah kata disiarkan kerana telefon hilang dijual,” katanya.  

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas penularan video lucah yang semakin membimbangkan.

Katanya, sebagai negara yang menjunjung Islam sebagai agama persekutuan, terdapat undang-undang membabitkan soal penerbitan filem lucah.

“Bukankah ada undang-undangnya soal menerbitkan filem lucah. Maka apa SKMM buat? Apa polis buat dan apa jabatan agama Islam negeri buat? 

“Jawablah pegawai di SKMM dan polis,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...