YANG DI-PERTUAN AGONG MEMPERSEMBAHKAN WARKAH PERSILAAN ISTIADAT PERTABALAN KEPADA SULTAN BRUNEI

#RajaKita

YANG DI-PERTUAN AGONG MEMPERSEMBAHKAN WARKAH PERSILAAN ISTIADAT PERTABALAN KEPADA SULTAN BRUNEI

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mempersembahkan warkah persilaan ke Istiadat Pertabalan Baginda kepada Sultan Brunei, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Hangar Penerbangan Diraja Brunei, hari ini (25 Jun), disambut DYTM Pengiran Muda Mahkota Brunei Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Majlis menghadap dan persembahan warkah persilaan berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan diikuti majlis santapan tengah hari.

Turut hadir, YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi; Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara; Datuk Mohd Aini Atan, Ketua Protokol Kementerian Luar Negeri dan Nur Ezira Mahadi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Brunei.

#InspirasiChannelz#inspirasiberita#InspirasiMonarki

Sumber : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...