YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE PERSEKUTUAN RUSIA BAGI LAWATAN NEGARA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke Persekutuan Rusia hari ini (4 Ogos) bagi lawatan negara atas jemputan Tuan Yang Terutama Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Rusia.

Istiadat Mengucap Selamat Berangkat bersempena lawatan negara Seri Paduka Baginda berlangsung di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri turut hadir di istiadat itu bagi mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda.

Hadir sama, YAB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri; Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua Hakim Negara; YB Tan Sri Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YB Dato’ Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri.

Turut hadir, Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi; Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara serta Ketua-ketua Perkhidmatan.

Sebelum berangkat, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi tembakan meriam sebanyak 21 das dan lagu Negaraku.

Sultan Ibrahim melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia yang pertama mengadakan Lawatan Negara ke Persekutuan Rusia sejak tertubuhnya hubungan diplomatik pada tahun 1967.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...