Undang-undang terperinci diperlukan bendung buli siber – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pada masa ini PDRM bergantung kepada undang-undang sedia ada untuk menangani kes buli siber.

“Bagi kes buli siber ini jika ianya melibatkan peras ugut dan ugutan, kita (polis) akan melakukan siasatan di bawah Kanun Keseksaan.

“Dalam konteks mengeluarkan kata-kata penghinaan berbentuk kecaman dan ayat-ayat jelik pula, ianya akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Razarudin berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, bagi membincangkan keperluan undang-undang khusus mengenai buli siber.

Razarudin berkata, pada masa ini PDRM bergantung kepada undang-undang sedia ada untuk menangani kes buli siber. – Foto Bernama

“Dua jabatan dalam PDRM iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) turut hadir membincangkan dan memperincikan perkara berkenaan. “Kita amat mengharapkan undang-undang yang lebih khusus untuk menangani buli siber,” katanya.

Sebelum ini, Fahmi dilaporkan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap masalah buli siber.

Anwar juga telah mengarahkan PDRM dan SKMM untuk melipatgandakan usaha dalam menangani masalah buli siber susulan kematian seseorang pempengaruh media sosial dan aktivis. *Artikel disiarkan di Sinar Harian

SINAR HARIAN | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...