UMNO Tenggara, Kluang ‘drama’ takut hilang undi – Fadhli Shaari

AHMAD FADHLI: Muktamadnya ialah pandangan Tuan Presiden, janganlah tertipu. – Gambar fail/Sinar Harian

SHAH ALAM: Tindakan beberapa Ketua UMNO Bahagian di Johor yang meminta agar kerjasama dengan DAP dikaji semula dilihat sebagai drama semata-mata.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan yang dikeluarkan hanya bertujuan untuk mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

“Muktamadnya ialah pandangan Tuan Presiden. Janganlah tertipu,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday pada Sabtu menyatakan bahawa kerjasama UMNO dengan DAP pada dasarnya tidak banyak memberikan manfaat kepada UMNO serta BN.

Malah katanya, hubungan tersebut dilihat merugikan UMNO yang memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu.

Pandangan sama turut disuarakan Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba yang melihat hubungan tersebut penting dilihat semula untuk kelangsungan politik UMNO terutama untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak.

UMNO Bahagian Tenggara turut mengusulkan agar pucuk pimpinan mengkaji kembali hubungan dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan kini.

Pada 30 Jun lalu, Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Bagaimanapun, beliau berkata, BN dan PH akan masing-masing bertanding menggunakan lambang sendiri pada pilihan raya itu nanti. – Sinar Harian

SINAR HARIAN | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...