UMNO selar hasrat Zafrul letak jawatan masuk PKR

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menjelaskan UMNO masih belum menerima surat perletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz secara rasmi.    

Setiausaha Agung UMNO itu berkata parti sangat memandang serius niat perletakan jawatan Tengku Zafrul kerana ingin menyertai PKR.

“Amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam kerajaan perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti lain sewenang-wenangnya.

“Ini bagi mengelak berlakunya ketidakharmonian di kalangan parti dalam gabungan kerajaan perpaduan hingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan.

“Mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri di kalangan ahli akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. 

Tengku Zafrul hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli MKT sekaligus meninggalkan UMNO.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata pengumuman berkenaan disusuli hasratnya menyertai PKR.

Katanya, keputusan untuk meninggalkan UMNO bukan satu keputusan yang mudah dan ia dibuat selepas meminta nasihat Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...