UMNO: MCA jangan macam PAS dengki dengan DAP

KUALA LUMPUR, 2 MEI — UMNO Johor menggesa MCA melakukan reformasi agar parti kaum Cina itu terus diterima rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Setiausahanya, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata sehubungan itu MCA perlu merestui hubungan UMNO dan DAP membentuk kerjasama dalam kerajaan campuran. 

“Saya lihat nampaknya MCA kini mula meniru gaya politik PAS — bila kalah, bila lemah cepat-cepat salahkan orang lain.

“Dua tiga hari ini ada pemimpin MCA yang seperti hendak salahkan kerjasama UMNO dan DAP sebagai punca mereka terpinggir daripada arus politik perdana. 

“Bila saya tengok perangai MCA ini tidak ubah macam perangai PAS yang selalu salahkan kerjasama UMNO dan DAP bila kalah dalam pilihan raya,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas kekecewaan sesetengah pemimpin MCA. 

Datuk Chong Sin Woon sebelum ini meluahkan kekecewaan berikutan ketidaktentuan hala tuju Barisan Nasional (BN) dan kerajaan campuran pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).  

Setiausaha Agung MCA berkata parti Cina itu sudah memberi masa lebih dua tahun kepada BN untuk melakukan penyusunan semula selepas PRU15 namun tiada perubahan. 

Abdul Halim berkata pemimpin MCA sepatutnya mencerminkan diri sendiri dalam menilai kelemahan menarik sokongan pengundi Cina. 

Katanya, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pernah menggambarkan MCA lebih DAP daripada DAP ketika kempen PRU14.

“Daripada terus salahkan UMNO-DAP, MCA kena kurang bercakap tetapi lebih banyak buat kerja dan lakukan reformasi dalaman serta memperjuangkan isu yang dekat di hati rakyat.

“Hanya dengan cara ini, MCA dapat kembali relevan dalam landskap politik Malaysia yang semakin matang dan kompleks.​ 

“Bukan dengan cara politik tuding jari dan salahkan orang lain semata-mata hendak sorok pekung busuk di badan sendiri,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...