UMNO Cheras gesa Zahid berani jaga hak Melayu

KUALA LUMPUR, 16 JUN — UMNO Cheras menggesa Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi lebih berani menyuarakan kepentingan orang Melayu dan agama Islam. 

Ketuanya, Datuk Mahadi Abdul Shukor berkata Zahid selaku Presiden UMNO perlu menjaga sensitiviti orang Melayu dan tidak membiarkan maruah bangsa terus dicabar. 

“UMNO perlu berani bersuara untuk kepentingan orang Melayu. Tolong jaga sensitiviti orang Melayu. Perdana Menteri dan kerajaan Madani harus peka dan faham sensitiviti orang Melayu. 

“Jangan biar maruah Melayu dicabar. Maruah Melayu mesti dipelihara, jangan dipijak. Ini bukan soal perkauman tetapi hak orang Melayu dan sejarah tanah air kita. 

“Agenda Melayu mesti diperkasa, agenda ekonomi Bumiputera mesti dimartabat dan agama Islam jangan diperlekeh,” katanya menerusi video yang dikongsikan UMNO Online.

Mahadi berkata demikian dalam satu mesyuarat bahagian yang turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...