UMNO bukan hak individu, Bendahari tuntut setia 

KUALA LUMPUR, 3 JUN — Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa slogan UMNO dihayati bagi memastikan kesetiaan terhadap parti kekal utuh.

Bendahari UMNO itu berkata slogan “Bersatu, Bersetia, Berkhidmat” bukan sekadar retorik tetapi komitmen yang harus dijadikan pegangan.

“Merujuk situasi politik terkini melibatkan menteri meninggalkan keahlian UMNO, perlu diakui bahawa landskap politik Malaysia semakin terbuka dan pelbagai.

“Untuk orang UMNO, di sinilah nilai prinsip ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ menjadi lebih penting. Slogan keramat ini bukan sekadar kata-kata indah.

“Tetapi satu komitmen yang harus dijadikan pegangan demi memastikan parti terus kekal relevan, kuat dan dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas keputusan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan UMNO.

Katanya, keputusan meninggalkan UMNO adalah pilihan peribadi namun ahli yang kekal akan sentiasa melihat kepentingan perjuangan.

“Tidak mengapalah. Itu pilihan dan kita istiqamah teruskan perjuangan. Ini kerana UMNO bukanlah sebuah parti individu, bukan juga dibina atas dasar populariti semasa. 

“Ia wujud atas satu perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Parti ini dibentuk dengan semangat penyatuan bangsa untuk membela nasib umat serta mempertahankan negara. 

“Oleh itu, memahami dan menghayati perjuangan UMNO akan menjadikan kita lebih tekad dan istiqamah meneruskan legasi perjuangan ini,” katanya.

Tengku Adnan berkata insiden Tengku Zafrul meninggalkan UMNO wajar dijadikan pengajaran agar parti tidak terus dijadikan alat kepentingan individu.

Katanya, UMNO tidak pernah menarik keahlian secara paksa namun berteraskan perjuangan menegakkan agenda Islam dan Melayu.

“Pengajaran perlu kita ambil daripada apa yang berlaku. Hari ini, semakin ramai yang melihat parti politik sebagai satu platform peribadi. 

“Ada yang menjadikan UMNO sebagai batu loncatan untuk agenda sendiri. Namun, UMNO tidak pernah memaksa sesiapa untuk bersama. 

“Parti ini berdiri atas prinsip perjuangan tulen dan tidak memerlukan sandaran individu. Asas perjuangan UMNO perlu terus dipertahankan oleh semua ahlinya,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PM seru KKM ambil motivasi pujian Sultan Brunei

KUALA LUMPUR, 5 JUN — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Peguam: Hormat jika PM dapat tangguh saman Yusoff

Oleh Kamil Awang KUALA LUMPUR, 5 JUN — Mohamed Haniff...

PAS desak Anwar cuti, biar Zahid pangku PM 

KUALA LUMPUR, 5 JUN — PAS menggesa Datuk Seri...

Menteri enggan lantikan politik ganggu pengangkutan awam

KUALA LUMPUR, 5 JUN — Anthony Loke menggesa kerajaan...