UKRAINE YANG MALANG

  1. Peperangan telah memusnahkan negara itu. Bangunan-bangunan berkubah emas yang cantik telah menjadi runtuhan. Dan pemuda-pemuda Ukraine telah terkorban beribu-ribu dalam peperangan itu. Jutaan rakyat Ukraine telah berhijrah. Dan negara itu muflis, bergantung kepada sokongan negara-negara lain.
  2. Ukraine ingin menyertai NATO walaupun ditentang oleh Rusia. Ukraine mempunyai sempadan yang panjang dengan Rusia. Keahliannya dalam NATO akan membawa pakatan tentera Eropah Barat itu betul-betul ke sempadan Rusia. Ia adalah provokatif. Rusia membantah.
  3. Tetapi NATO melambatkan kemasukan Ukraine sambil terus menggalakkannya untuk menyertai. Rusia kemudiannya bertindak awal dengan menyerang bekas anggota Pakatan Warsaw itu.
  4. Inilah yang dikehendaki oleh anggota-anggota NATO Eropah Barat. Peperangan itu akan mendedahkan kapasiti dan kekuatan ketenteraan Rusia dan memberi kesan buruk kepada kewangan dan ekonominya. Sekatan akan dikenakan supaya minyak dan gas Rusia tidak dapat menjejaskan pasaran minyak dan gas AS.
  5. Oleh kerana belum menjadi anggota NATO, Ukraine tidak boleh mengharapkan negara-negara NATO untuk datang mempertahankan dirinya. Ukraine terpaksa berperang sendirian. Pakatan Barat akan menyokongnya dengan dana dan senjata supaya peperangan itu berterusan. Ini memberi manfaat kepada NATO. Askar-askar negara NATO terselamat.
  6. Sekarang Trump mencadangkan supaya Ukraine mengaku kalah dengan syarat-syarat yang merugikan kepentingan negara itu. Jadi semua pengorbanan dan kerugian itu tidak memberi apa-apa manfaat kepada Ukraine.
  7. Malangnya Ukraine. Ia telah dipermainkan.
  8. Kemerdekaannya daripada blok timur yang dikuasai Rusia langsung tidak memberi manfaat kepadanya. Kesatuan Eropah adalah penerima manfaat sebenar.
- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...