Ucapan menyembah tahniah dan taat setia – Perdana Menteri

Foto : Jabatan Penerangan Malaysia

Saya tegaskan betapa institusi Yang di-Pertuan Agong adalah mahkota negara dan rakyat yang mampu mengikat semangat kesatuan dan perpaduan serta dimuliakan sebagai mercu keihsanan, sekali gus menuntut taat setia rakyat keseluruhannya.

Kesatuan dan perpaduan yang dicetuskan oleh baginda amat penting untuk dijadikan tonggak kekuatan buat Kerajaan dan rakyat mengharungi liku gelora ekonomi dunia melalui prakarsa baharu yang mampan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Saya turut berkongsikan langkah-langkah tegas dalam kerangka Ekonomi MADANI yang telah mencetus lonjakan ekonomi memberangsangkan dengan tercatatnya 5.8 peratus pertumbuhan ekonomi bagi suku kedua tahun ini.

Menuju ke hadapan, Kerajaan akan menekankan reformasi pendidikan dan kesihatan melalui peningkatan tahap dan kualiti prasarana, aspek penguasaan bahasa Inggeris serta penerokaan bidang-bidang baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI), transformasi digital dan transisi tenaga dalam membina sebuah negara lebih maju kelak.

Semoga di bawah naungan Tuanku berdua, Malaysia kekal qarar dan dilimpahkan kesejahteraan, kemakmuran dan kestabilan berpanjangan, Insya-Allah – Anwar Ibrahim

Daulat Tuanku!

#InspirasiChannelz | Facebook Anwar Ibrahim Official

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...