Tunku Mahkota Ismail titah pengaruh, kuasa makin bertambah

KUALA LUMPUR, 20 MEI — Tunku Mahkota Ismail menggesa semua pihak menerima hakikat bahawa pengaruh, kuasa, pengalaman dan kewangan baginda tidak akan hilang.  

Pemangku Sultan Johor bertitah empat elemen itu bukan sahaja tidak akan hilang malah semakin bertambah dari masa ke semasa.

“Jikalau apa yang membuatkan anda sakit hati adalah pengaruh, maka saya ada berita yang kurang baik: pengaruh itu tidak akan hilang.

“Sama ada dalam bola sepak, politik atau apa jua bidang sekalipun, ia adalah sebahagian daripada ekosistem.

“Saya baru 41 tahun dan pengaruh saya, kuasa, pengalaman, kewangan hanya akan bertambah dari sini,” titah baginda menerusi coretan di laman Facebook semalam. 

Tunku Mahkota Ismail bertitah pengaruh dalam kedudukan baginda bukan satu pilihan tetapi satu ketetapan malah semakin masa berlalu, semakin ia bertambah kuat.

Titahnya, polemik tidak seharusnya timbul mengenai apa yang sudah dicapai tetapi hakikat kemampuan baginda untuk melakukannya.  

“Saya rasa masalah sebenar di sini, saya rasa, bukan apa yang saya sudah lakukan tetapi hakikat bahawa saya mampu melakukannya. 

“Jadi ini nasihat saya dengan rendah hati: belajarlah untuk terima atau cubalah habiskan saya terus. 

“Sebab saya tidak akan ke mana-mana. Saya di sini untuk berkhidmat kepada negeri saya dan memartabatkannya,” titahnya.

Menerusi kenyataan sama, Pemangku Sultan Johor turut membangkitkan isu yang dibangkitkan pemimpin dan rakyat setempat.

Titahnya, isu yang dibangkitkan tiada merit dan tidak relevan dengan kedudukan baginda sebagai pemangku ketua negeri Johor.

“Baru-baru ini saya jumpa ahli politik di Johor yang bertanya sama ada bazar Ramadan dan semua khemah itu milik saya.

“Serius? Adakah muka saya nampak seperti seseorang yang cari keuntungan daripada gerai bazar Ramadan? Baru-baru ini juga ada berlaku kes pukul di sebuah konsert tempatan. 

“Ada yang cuba kaitkan insiden itu dengan saya. Konsert punk tempatan pula tu. Adakah muka saya kelihatan seperti orang yang habiskan masa dengan ‘headbanging’?” soal baginda.

Tunku Mahkota Ismail turut mengulas isu pengkhianatan ke atas pemain bola sepak Selangor Faisal Halim yang masih dikaitkan dengan baginda.

Titah baginda, tuduhan berkenaan tidak wajar yang langsung tidak menggambarkan keperibadian baginda sebagai seorang askar.

“Biar saya jelaskan, saya dan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak perlu turunkan diri ke tahap serendah itu. 

“Saya ini seorang askar, kalau saya ada sesuatu untuk disampaikan atau dilakukan, saya tidak akan bersembunyi di sebalik tindakan pengecut seperti itu.

“Nampaknya, apa sahaja yang berlaku mesti dikaitkan dengan saya. Menarik, bukan?” soal baginda.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...