Tunjuk bukti, Sanjeevan nafi pengasas Edisi Siasat

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 24 JUN — Datuk Sri Sanjeevan Ramakrishnan menggesa pihak yang mendakwa dirinya sebagai pengasas saluran Telegram Edisi Siasat tampil dengan bukti kukuh.

Naib Ketua Bersekutu BERSATU itu berkata tuduhan tanpa asas tidak perlu dipandang serius kerana ia boleh dilakukan sesiapa sahaja.

“Saya pun sudah dengar banyak kali mengenai ini. Hendak tuduh tanpa bukti sesiapa pun boleh buat tetapi saya cuma minta mereka supaya berlaku adil kepada saya. 

“Jangan fitnah saya tanpa bukti dan kalau ada bukti sila bawa saya ke muka pengadilan. Jangan buat propaganda dan wujudkan persepsi hanya kerana saya pembangkang,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada Inspirasi Channelz mengulas saluran Telegram Edisi Siasat yang tidak lagi dapat diakses di Malaysia. 

Katanya, kerajaan harus memberikan alasan menyekat Edisi Siasat kerana terdapat ratusan saluran yang mempromosikan kegiatan haram di Telegram.

“Kerajaan perlu berikan alasan mengapa mereka mengambil tindakan untuk menyekat saluran Telegram tersebut. 

“Kenyataan media yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya menyebut memudaratkan dan boleh menghakis keyakinan masyarakat terhadap institusi.

“Tetapi dari segi apa? Apa puncanya? Kita lihat beratus-ratus saluran Telegram buat aktiviti yang tidak senonoh, jenayah, dadah dan sebagainya,” katanya. 

Sanjeevan berkata kerajaan perlu menilai kembali keputusan menyekat saluran Telegram Edisi Siasat yang banyak menyalurkan maklumat berguna kepada masyarakat. 

Katanya, tindakan SKMM itu menggambarkan kerajaan sangat bimbang dan terkesan dengan apa yang didedahkan Edisi Siasat.  

“Akaun Telegram ini disekat dan kerajaan sampai ke tahap failkan saman sivil. 

“Bila mereka failkan saman, ia menunjukkan kerajaan sangat mengambil berat atau terkesan dengan saluran Telegram ini. Kenapa kerajaan mengambil tindakan begini?” soalnya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Konflik Thailand-Kemboja : PN ucap penghargaan kepada PM

Perikatan Nasional (PN) mengucapkan penghargaan dan syabas kepada Perdana...

Kejayaan Yg Tidak Didendangkan di Jerman,Tahniah UPSI

Pasukan Sepak Takraw Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan...

Dan cukup-cukuplah jenis buat dulu baru minta maaf – Dr Akmal

Mcm mana nak ajar murid perkara betul jika pasang...

Kes Zara Qairina: Kertas siasatan diserah kepada Peguam Negara

Kertas siasatan berhubung kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina...