Tun Mahathir sokong himpunan solidariti titah Sultan Pahang

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 23 APRIL — Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) memaklumkan Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong penuh himpunan menyokong titah Sultan Pahang. 

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa berkata bekas Perdana Menteri itu menyatakan kesediaan untuk hadir menyokong titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

“Saya sudah memaklumkan kepada Tun Mahathir. Beliau menyokong penuh himpunan ini dan beliau hendak turun ke semua lokasi himpunan.

“Kecuali pasukan perubatannya menasihatkan sebaliknya tidak boleh pergi, beliau akan berucap secara atas talian,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini. 

Himpunan menyokong titah Sultan Pahang akan diadakan Sabtu depan di Taman Cenderawasih, Kuantan yang bakal menyaksikan jumlah peserta lebih besar. 

Peserta akan mula berhimpun pada 5 petang diikuti ucapan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) sebelum berhenti seketika untuk solat Maghrib di masjid berhampiran.

Mohd Zai berkata himpunan itu akan diteruskan di lokasi lain dengan Kuala Lumpur menjadi lokasi kedua pada 24 Mei ini.

Katanya, himpunan skala besar itu penting bagi menyatakan solidariti kepada Sultan Pahang yang menitahkan penceroboh tanah di negeri itu perlu diambil tindakan. 

“Ini satu titah yang perlu diberi perhatian yang sangat penting oleh seluruh rakyat negeri Pahang. Lebih 20 NGO dan parti Melayu Islam akan bersama dalam himpunan ini. 

“Kita mahu menyatakan solidariti dan bersatu menyokong titah Sultan Pahang kerana ini titah penting untuk dilaksanakan di negeri Pahang.

“Kita jemput Tun Mahathir dan Tan Sri Rais Yatim. Tun Mahathir akan membawa agenda Melayu bersatu. Rais akan bercakap soal ancaman komunis,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...