Tun Mahathir puji, kenang Pak Lah PM berjiwa besar

KUALA LUMPUR, 15 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad memuji Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi berjiwa besar sepanjang memimpin negara sebagai Perdana Menteri. 

Perdana Menteri dua kali itu berkata Tun Abdullah menunjukkan kepimpinan terpuji untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas tidak lagi mendapat sokongan rakyat.  

“Beliau pernah mentadbir dan menghadapi banyak masalah. Sebab masalah ini, prestasinya pada 2008 tidak begitu baik.

“Beliau tidak teragak-agak apabila kejayaannya kurang dan ramai yang menuntut beliau letak jawatan, beliau tidak menimbulkan masalah. Beliau letak jawatan. 

“Beliau serah jawatan itu kepada Datuk Seri Najib Razak. Inilah caranya kita di Malaysia apabila kita bersara, kita pergi dengan mudah tanpa masalah, kita serah kepada pengganti,” katanya.

Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara di sini pada 7.10 petang semalam.

Allahyarham dilantik sebagai Perdana Menteri Kelima pada 31 Oktober 2003 selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan.

Enam tahun menerajui kerajaan, Tun Abdullah kemudiannya mengumumkan peletakkan jawatan sebelum digantikan dengan Najib pada 2 April 2009.

Tun Mahathir berkata jiwa besar yang ditunjukkan Tun Abdullah wajar dijadikan contoh tauladan pemimpin yang akan mengemudi negara pada masa depan. 

Katanya, kecemerlangan Tun Abdullah memimpin Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 juga tidak wajar dilupakan apabila Barisan Nasional meraih kejayaan besar.

“Apabila beliau menjadi Perdana Menteri, beliau memimpin PRU 2004 dengan kejayaan cemerlang dalam sejarah iaitu 90 peratus undi untuk kerajaan. Itulah kejayaan terbesar. 

“Kalau amalan ini diteruskan, insya Allah Malaysia akan menjadi negara yang aman. Ini contoh yang ditunjukkan Tun Abdullah. 

“Saya ucap takziah kepada keluarganya dan saya percaya mereka harus sabar kerana ini naluri manusia akhirnya kita akan meninggal,” katanya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...