Tun Mahathir kesal PM bangkit poligami depan Presiden Rusia

Oleh Kamil Awang

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan sikap Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan bersama Presiden Rusia Vladimir Putin. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya membangkitkan isu yang lebih penting selain jenaka poligami yang mengecewakan.  

“Beliau bercakap pasal kahwin dua. Itulah yang utama bagi Anwar kahwin seorang atau dua orang. 

“Saya tidak nampak sesuatu yang serius dibuat oleh Anwar semasa beliau bertemu dengan Putin,” katanya.  

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan buku “100 Pesan Tun” di Pesta Buku Antarabangsa di sini hari ini. 

Anwar ketika bertemu Putin semalam bergurau mendakwa kerusi takhta ketiga dalam Dewan Besar St Andrew untuk isteri kedua.

Putin kemudian bergurau balas dengan menyifatkan Anwar sebagai Muslim “sejati” bagaimanapun Presiden PKR itu memaklumkan beliau hanya mempunyai satu isteri.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...