Tun Mahathir kecewa anak muda biar kuasa bukan Melayu

KUALA LUMPUR, 2 MEI — Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa anak muda Melayu berfikir kembali apabila membenarkan pemimpin bukan Melayu memerintah negara.  

Bekas Perdana Menteri itu berkata pertimbangan itu perlu dibuat sebelum orang Melayu tidak lagi berkuasa di negara sendiri. 

“Ramai anak Melayu berpendapat mereka boleh terima bukan Melayu memerintah dan memiliki Malaysia.

“Kata mereka bukan Melayu di Malaysia adalah juga rakyat Malaysia. ‘Jika orang Melayu boleh berkuasa di negara ini, bukan Melayu juga berhak untuk berkuasa seperti orang Melayu’.

“Tetapi majoriti bukan Melayu ini tidak bersikap sepenuhnya sebagai rakyat negara ini seperti kita. Mereka terus mengenal diri mereka sebagai berasal dari negara asal mereka,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas penguasaan politik oleh bukan Melayu. 

Katanya, pemimpin bukan Melayu cenderung mempamerkan bahasa, budaya, persekolahan bahkan parti politik dikaitkan dengan negara asal.

“Rakyat bukan Melayu sekarang tidak terima kita orang Melayu sebagai sebangsa dengan mereka. Organisasi mereka termasuk parti politik tidak terima kita. 

“Diskriminasi mereka terhadap kita jelas dalam syarikat dan perusahaan mereka. Mereka terasing daripada kita secara fizikal dan mental.

“Sudah tentu apabila mereka berkuasa penuh sebagai kerajaan, dasar mereka ialah meritokrasi yang akan menguntungkan mereka,” katanya. 

Tun Mahathir berkata pemimpin bukan Melayu sudah pun menunjukkan sikap diskriminasi terhadap orang Melayu apabila mereka mendominasi ekonomi. 

Katanya, atas dasar itu, sikap anak muda Melayu yang sanggup menerima baik mereka untuk menguasai Malaysia tidak boleh diterima. 

”Selama kita merdeka hampir 70 tahun, orang Melayu apabila berkuasa sanggup berkongsi dengan bukan Melayu yang mengekal identiti mereka dengan negara asal. 

“Tiap kali mereka mendominasi kerajaan, mereka memberi tempat kepada bukan Melayu dalam kerajaan. 

“Kita hargai sumbangan bukan Melayu kepada pembangunan negara. Tetapi sumbangan mereka sudah memberi pulangan yang besar kepada mereka,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...