Tun Mahathir cam Azam siasat penentang kerajaan

Oleh Hidayatul Akmal

KUALA LUMPUR, 23 MEI — Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) “berjaya” menunjukkan sikapnya yang sebenar. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata Tan Sri Azam Baki kini cenderung menjalankan siasatan terhadap pihak yang menentang kerajaan. 

“Azam tidak pernah jumpa orang tidak baik. Tetapi kalau orang anti-kerajaan, tidak buat apa-apa pun boleh didapati bersalah. 

“Dia mungkin pasal dia pandailah. Tetapi pasal dia itu saya nampak ada warna. Kalau warna itu tidak disukai oleh kerajaan, tidak buat apa pun boleh didapati bersalah,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan buku “100 Pesan Tun” di Pesta Buku Antarabangsa di sini hari ini.

Kontrak Azam disambung setahun lagi minggu lalu selepas dua kali mendapat sambungan kontrak sejak 2023. 

Azam, 62, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya. 

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...