Tun Mahathir cadang potong gaji pemandu bas positif dadah 

KUALA LUMPUR, 12 JUN — Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa ujian saringan dadah dijalankan ke atas pemandu bas yang bertugas melebihi dua jam. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata saringan tersebut penting walau bakal menjejaskan industri pengangkutan dengan kemerosotan jumlah pemandu.

“Ramai pemandu bas dikatakan guna dadah. Apa kata kalau sebelum memandu bas untuk lebih dari dua jam, mereka diuji sama ada menggunakan dadah atau tidak.

“Jika ada kesan penggunaan dadah, tidak dibenar memandu. Gaji tidak dibayar. Kalau marah-marah kerana diuji, juga tidak dibenar memandu.

“Tetapi akan timbul bermacam masalah. Tidak cukup pemandu bas. Bas tidak berjalan. Semua ini boleh diatasi,” katanya menerusi coretan di aplikasi X. 

15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris terbunuh dalam kemalangan bas yang dinaiki mereka menuju kampus di Tanjung Malim, Perak pada Isnin. 

Berpandukan rakaman tular, bas berkenaan dilihat dipandu laju sebelum melanggar Perodua Alza dan terbabas ke longkang.  

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...