Tun M: PM lepas kes bunuh jika dapat imuniti 

KUALA LUMPUR, 10 JUN — Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan usaha Perdana Menteri memohon imuniti untuk mengelak saman sivil yang difailkan bekas pembantunya, Yusoff Rawther. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memohon kekebalan maka banyak pendakwaan tidak akan terpakai kepada ketua kerajaan itu.

“Anwar cuba elak daripada dihadapkan ke mahkamah dengan dakwaan bahawa Perlembagaan memperuntukkan imuniti (kekebalan) bagi Perdana Menteri.

“Kenapa elak dibicara di mahkamah? Kerana Anwar tahu dirinya akan didapati bersalah. Kalau tetap menang tentulah lebih baik jika mahkamah mendapati dirinya tidak bersalah.

“Kalau diberi imuniti berkenaan satu kes, tak akan kes lain tidak imun? Tentu imun punya. Jadi Perdana Menteri boleh bunuh orang pun okaylah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas permohonan Anwar untuk mendapatkan imuniti.

Katanya, pelaksanaan undang-undang di Malaysia masih menjadi persoalan apabila tiada hukuman dijalankan walau mahkamah sudah memutuskan seseorang didapati bersalah.

“Di Malaysia pelaksanaan undang-undang pilih bulu. Bagi satu orang yang Mahkamah Tinggi sudah hukum salah, hukuman tidak dilaksana kerana konon menunggu rayuan.

“Bagi orang lain sebelum pun dibicara di mahkamah, hanya semasa siasatan, mereka akan dimasuk dalam tahanan berbulan-bulan, harta dirampas, keluarga ditekan.

“Pendek kata sebelum pun didapati bersalah sudah dihukum, didera. Itu bagi orang lain,” katanya.

Tun Mahathir berkata walaupun semua tertakluk kepada undang-undang yang sama namun pelaksanaan hukuman masih berbeza.

Katanya, walau terdapat kes tertentu suspek boleh ditahan namun ada juga mereka yang dibebaskan pihak berkuasa tanpa sebab.

“Memang benar dalam kes seperti membunuh atau mengedar dadah, yang dituduh boleh dimasuk dalam tahanan sementara siasatan dibuat.

“Tetapi kerap juga kes yang tidak serius, dimasuk dalam tahanan juga. Kemudian dibebas tanpa sebab. Inilah reformasi yang dilaung, dijanji,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...