Tun M: Kurang dasar DEB, Malaysia patut maju 2020 

KUALA LUMPUR, 27 MEI — Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Dasar Ekonomi Baru  (DEB) tidak menemui kegagalan namun kekurangan dasar menjadikan Malaysia negara maju.

Bekas Perdana Menteri itu berkata jika DEB ditunjangi dasar dan idea yang mencukupi maka Malaysia mampu menjadi negara maju pada 2020.

“DEB tidak gagal. Ia sekadar kekurangan dasar dan idea yang menghalang Malaysia menjadi negara maju pada 2020. Kasihan,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pelaksanaan DEB yang berakhir pada 1990. 

Katanya, kunjungannya ke Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25) tempoh hari membuktikan kejayaan syarikat Malaysia. 

“Ketika LIMA pertama kali diadakan pada 1991, pesertanya semua syarikat luar. Tiada syarikat Malaysia dalam industri aeroangkasa. 

“Saya ke LIMA tempoh hari dan menyaksikan peratusan besar peserta adalah syarikat Malaysia. Kita melakukan perubahan besar dalam bidang ini.

“Syarikat Malaysia mempamerkan semua jenis produk yang dikeluarkan di Malaysia. Kita menyaksikan mereka mengeluarkan banyak produk berteknologi tinggi,” katanya.

Tun Mahathir berkata syarikat tempatan yang menyertai LIMA kali ini mendapat banyak pengiktirafan syarikat pengeluar. 

Katanya, syarikat berkenaan juga mampu mereka dan mengeluarkan semua jenis komponen dan produk aeroangkasa.

“Syarikat ini menggajikan ratusan jurutera berkelayakan. Malah, kebanyakan jurutera mereka ditawar bekerja syarikat luar negara. 

“Dasar kerajaan membolehkan pihak luar membuka syarikat kejuruteraan di Malaysia yang digerakkan jurutera syarikat tempatan.  

“LIMA melalui perjalanan panjang dalam industri maritim dan aeroangkasa. Jika kerajaan memberikan sokongan, kita mampu melangkah lebih jauh,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Aktivis soal siapa layak ganti Fadhlina jadi menteri

KUALA LUMPUR,29 MEI — Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif...

PM kecewa, harap prestasi Man United lebih baik

KUALA LUMPUR, 29 MEI — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Tewas Pemilihan PKR; Rafizi, Nik Nazmi umum letak jawatan

KUALA LUMPUR, 28 MEI — Menteri Ekonomi Datuk Seri...

Mohon imuniti, PM cabar kuasa raja, kata BERSATU

KUALA LUMPUR, 28 MEI — Parti BERSATU menegaskan tindakan...