TUN ABDULLAH BADAWI

18 APRIL — Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan saya sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima. Beliau akan sentiasa dikenang atas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004. 

Barisan Nasional (BN) memenangi 90 peratus daripada kerusi di Dewan Rakyat. Malangnya, BN tidak begitu berjaya dalam PRU 2008. Lima buah negeri tewas kepada pembangkang.

Rakyat menggunakan kebebasan bersuara mereka untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri. Abdullah mendengar. Beliau mengendahkan pandangan rakyat. 

Tanpa rasa marah atau dendam, beliau meletakkan jawatan. Ia pastinya bukan perkara mudah baginya. Tetapi beliau mengutamakan kepentingan negara melebihi kekecewaannya sendiri.

Saya teringat akan nasib Neville Chamberlain — Perdana Menteri Britain ketika tercetusnya perang dengan Jerman.

Leo Amery, Ahli Parlimen Birmingham memetik kata-kata Oliver Cromwell, “Anda sudah duduk terlalu lama di sini untuk sebarang kebaikan yang anda lakukan. Berundur, saya katakan, dan biarlah kita mengakhiri ini. Demi Tuhan, pergilah.”

Maaf kerana memetik sejarah British. Tetapi banyak perkara yang kita lakukan dipengaruhi oleh British.

Saya sudah meletak jawatan dua kali apabila saya merasakan saya sudah tidak diperlukan. Sebenarnya ibu sayalah yang mengajar saya “jangan melampaui batas sambutan.”

Kebetulan, susulan desakan agar Chamberlain meletak jawatan, 42 orang Ahli Parlimen yang biasanya menyokong kerajaan mengundi menentang. Seramai 36 lagi berkecuali.

DR MAHATHIR MOHAMAD

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...