Tukun gerabak Light Rail Transit (LRT) yang telah diletakkan ke dasar laut Monkey Bay, Tioman Disempurnakan Sultan Pahang

Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan bertitah pada Majlis Pelancaran ‘Malaysia Book of Records – First LRT Coach Reef’ di Pulau Tioman hari ini. – Foto Bernama

TIOMAN: Sejajar pengumuman Pulau Tioman sebagai Pulau Tenaga Hijau, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan menjadikan Pulau Tioman sebagai pulau contoh dari segi pemuliharaan alam semula jadi dan pengurangan pelepasan karbon.

Bagi merealisasikan hasrat itu, baginda bertitah agar pentadbir merangka satu bentuk kaedah atau formula yang boleh membantu memelihara keadaan alam sekitar di pulau peranginan itu.

“Saya harap segala bentuk pembinaan struktur di pulau ini perlu diawasi sebaik mungkin oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa… biarlah ambil masa dalam membuat keputusan dengan mengutamakan soal persekitaran.

“Saya juga tak mahu lihat masalah pencemaran disebabkan kereta dan motosikal yang berlebihan di pulau ini, kalau boleh adakan satu kaedah yang boleh mengawal pencemaran udara,” titah baginda ketika merasmikan Malaysia Book of Records: The First LRT Coach Reef in Malaysia, di sini hari ini.

Tukun gerabak Light Rail Transit (LRT) yang telah diletakkan ke dasar laut Monkey Bay, Tioman pada 9 dan 10 Julai 2024 lalu sempena Majlis Pelancaran ‘Malaysia Book of Records – First LRT Coach Reef’ di Pulau Tioman. – Foto Bernama

Al-Sultan Abdullah turut berharap penduduk di Pulau Tioman dapat menjaga kebersihan sungai selain memastikan kawasan sekeliling rumah terjaga.

“Saya nampak ada sesetengah rumah yang dah roboh, terbengkalai dan tidak berpenghuni, manakala terdapat sampah yang perlu dilupuskan supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan penyebaran penyakit.

“Mudah-mudahan segala usaha tersebut dapat dilaksanakan dalam masa terdekat meskipun ia agak mencabar memandangkan kedudukan pulau yang jauh selain faktor monsun,” titah baginda.

BERNAMA | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...