‘Tugas posmen lebih mulia daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat’- Zaid Ibrahim

SHAH ALAM – Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu mendengar dan meneliti notis daripada mana-mana parti politik sekiranya wujud kekosongan kerusi serta memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, tugas Speaker Dewan Rakyat perlu bersikap berkecuali dan tidak berat sebelah dalam membuat sebarang keputusan.

Menurutnya, dengan meminta mahkamah mentafsir peruntukan Perlembagaan Persekutuan sehingga menyebabkan pembangkang terpaksa menunggu Pilihan Raya Umum akan datang adalah strategi lama.

“Seorang posmen lebih mulia daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat. Posmen tidak pernah membuka surat dan membaca kandungannya. Dia tahu tugasnya adalah menghantar surat.

“Tetapi beliau sebaliknya tidak tahu. Tugas beliau ialah memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya, bukan mendapatkan sokongan maksimum untuk Perdana Menteri.

“Penangguhan seluruh proses akan membawa kepada pilihan raya. Begitulah pemimpin yang tidak bermaruah memanjangkan hayat politiknya,” katanya dalam satu hantaran di X pada Jumaat.

Mengulas lanjut, menurut Mohd Zaid, pada tahun 2022, DAP juga melakukan perkara yang sama dan berpusu-pusu bekerjasama dengan PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) serta UMNO.

Ujarnya, setiap parti mempunyai keutamaan yang berbeza-beza menyebabkan perkara tersebut tidak diteliti dengan adil.“Saya rasa mereka ini lebih suka menjual nombor plat kereta atau makan bersama Blackrock,” katanya.

SINAR HARIAN | #InspirasiChannelz

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA selar TNB naik tarif elektrik 14 peratus

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

JAIS seru solat hajat mohon mahkamah tolak rayuan SIS

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Jabatan Agama Islam Selangor...

Mahu haramkan UMNO, Dr Akmal tolak jemputan Tun M

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Dr Muhamad Akmal...

PAS soal syarikat peranti ganja beroperasi di Johor

KUALA LUMPUR, 6 JUN — PAS menuntut penjelasan kerajaan...