Tuduhan Tidak Berasas – Zafrul

Saya tengok di media sosial banyak spekulasi tak berasas tentang perolehan pesawat Boeing oleh MAG, jadi itu antara perkara yang saya jelaskan di Parlimen hari ini.

Ada yang tuduh kononnya pada bulan Mac Malaysia Aviation Group (MAG) order 30 Boeing, lepas rundingan tarif MAG ditekan untuk beli tambahan 30 Boeing lagi.

Betul ke?

Perolehan ini adalah sebahagian daripada pelan pembaharuan dan peluasan kapasiti armada MAG yang bersifat jangka panjang serta berfasa. Pembelian pesawat Boeing oleh MAG bukanlah suatu keputusan yang dibuat secara tiba-tiba atau kerana tekanan tarif, tetapi berlandaskan keperluan menggantikan pesawat B737-800 yang secara purata telah beroperasi selama 14 tahun, demi menjamin keselamatan dan kemampanan operasi syarikat.

Pada 20 Mac 2025 (SEBELUM tarif timbal balas diumumkan), MAG memuktamadkan tempahan sebanyak 30 buah pesawat Boeing.

Selain tu, terdapat 30 pesawat lagi di bawah kategori “perancangan” yang akan diputuskan berdasarkan strategi dan pelan pertumbuhan MAG pada masa depan.

Opsyen extra 30 pesawat ini memang dah ada dalam pengumuman Mac, tapi belum diaktifkan. Jadi, siapa yang kata order extra 30 tu dah confirm sebab tekanan tarif, minta maaf, spekulasi anda jauh tersasar!

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...