Tiger Woods Bantu Mangsa Kebakaran – Los Angeles

Los Angeles: Bintang golf, Tiger Woods berjanji membantu komuniti yang terjejas akibat kebakaran hutan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang dan mengubah wajah Los Angeles sepanjang minggu lalu.

Juara 15 kali kejohanan utama itu, yang dilahirkan di Cypress, California, berkata dalam satu hantaran di X bahawa dia akan segera mengumumkan bantuan menerusi yayasannya untuk membantu komuniti yang terjejas.

“Kemusnahan yang berlaku akibat kebakaran di LA adalah satu tragedi yang sangat besar dan sebagai orang California, ia amat dekat di hati.

“Hati saya bersama mereka yang mengalami kehilangan yang tidak dapat dibayangkan,” kata Woods.

“Terima kasih kepada wira-wira luar biasa iaitu penyelamat yang pertama yang membantu mengawal dan menyelamatkan keadaan Los Angeles.”

Pasukan bomba masih berjuang mengawal kebakaran besar Palisades dan Eaton serta bersedia untuk menghadapi kemungkinan kebakaran semula atau kebakaran baru ketika ramalan cuaca yang menjangkakan angin Santa Ana akan bertiup kencang.

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...