Tidak semua penurunan kandungan dalam talian termasuk di platform TikTok di negara ini dibuat berdasarkan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) – Teo Nie Ching.

Tidak semua penurunan kandungan dalam talian termasuk di platform TikTok di negara ini dibuat berdasarkan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) atau kerajaan Malaysia, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. Beliau berkata penurunan kandungan oleh penyedia platform tertakluk kepada pertimbangan dan penilaian penyedia platform itu sendiri berdasarkan laporan penyalahgunaan daripada pengguna dan permohonan pihak berkuasa.

“Memang dalam Laporan Permintaan Pengalihan Keluar oleh Kerajaan ini menyatakan bahawa TikTok telah menerima permintaan daripada kerajaan Malaysia sebanyak 1,862, namun laporan ini juga menunjukkan bahawa keseluruhan kandungan yang diterima untuk diturunkan berjumlah 6,231.Ini bermakna bukan semua permohonan penurunan kandungan dibuat MCMC ataupun kerajaan Malaysia,” katanya pada sesi penggulungan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 2021 dan 2022 bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat hari ini.

Teo berkata laporan itu juga menunjukkan bahawa 2,514 kandungan telah diturunkan kerana melanggar garis panduan komuniti, tindakan atas sebab melanggar undang-undang tempatan ( 2,970) dan kandungan tidak diambil tindakan oleh platform TikTok (747). Beliau berkata ini menunjukkan jika platform tersebut tidak merasakan bahawa sesuatu kandungan itu melanggar antara dua undang-undang atau garis panduan di atas, mereka tidak akan menurunkan kandungan yang diminta. Teo berkata sekiranya terdapat sebarang kandungan yang telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial, pengguna dinasihatkan berhubung terus dengan penyedia platform media sosial yang berkaitan untuk mengetahui justifikasi tindakan penurunan tersebut.

Menurutnya adalah tidak adil jika menganggap semua kandungan yang diturunkan adalah berkaitan kritikan terhadap kerajaan memandangkan sejak 2019 hingga 2023 penipuan dalam talian meningkat 95.2 peratus dan judi dalam talian meningkat 273 peratus (2019 sehingga 2022). “Apabila MCMC mengambil tindakan proaktif dengan menghantar laporan kepada penyedia platform, tuduhan juga datang daripada ahli-ahli Parlimen sebelah sana bahawa ini cubaan kerajaan mahu memperketat kebebasan media sedangkan kita semua perlu memahami bahawa isu ini dihadapi bukan sahaja di Malaysia hari ini tapi dalam kerajaan lain juga,” katanya. Teo berkata kerajaan komited melindungi pengguna Internet di Malaysia daripada aktiviti dalam talian yang memudaratkan seperti yang melibatkan kepentingan awam, jenayah, salah guna, ancaman dan provokasi. Sehubungan itu, tindakan yang diambil adalah demi menjaga keseimbangan kebebasan bersuara dan perlindungan masyarakat.

#InspirasiChannelz | BERNAMA

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...