Tidak perlu pistol, PAS puji Anwar bincang MH17 

KUALA LUMPUR, 15 MEI — PAS merakamkan perhargaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membangkitkan isu tragedi pesawat MH17 kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin. 

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata isu yang dibincangkan Perdana Menteri itu tidak menimbulkan masalah disambut baik Presiden Rusia. 

“Terima kasih Perdana Menteri. Sewaktu saya utarakan cadangan agar Perdana Menteri bercakap soal ini ketika lawatan ke Rusia, saya yakin ia merupakan cadangan yang logik.

“Tetapi kenapa ‘panglima’ keliling Perdana Menteri dengan ilmu geopolitik yang tinggi meremehkannya? Kononnya jangan terperangkap.

“Sekarang OK saja Perdana Menteri sebut isu ini. Bukan hendak suruh angkat pistol depan Putin pun, sebut sahaja, setuju peringkat dasar, kemudian tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pertemuan Anwar bersama Putin.

Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada Isnin memutuskan Rusia bertanggungjawab dalam insiden mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal MH17. 

ICAO berkata pihaknya akan mempertimbang bentuk pampasan yang sesuai dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Dua lelaki warga Rusia dan seorang lelaki warga Ukraine pada 2022 didapati bersalah membunuh atas peranan mereka dalam serangan pesawat MH17.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

#AnwarIbrahim #Putin #ICAO #FadhliShaari #PAS

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...