Tidak perlu lari, runding dan bincang saja, selesai – Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri meminta Datuk Awang Hashim (PN – Pendang) menyampaikan kepada wakil rakyat pembangkang agar menyegerakan rundingan berkaitan peruntukan kepada pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu tersebut sudah berulang kali dijawab namun beliau masih diserang, dikatakan zalim sedangkan kerajaan sudah membuka ruang untuk rundingan.

Menurutnya, beliau juga tidak faham mengapa pembangkang seolah-olah begitu sukar untuk berunding sedangkan semasa beliau menjadi Ketua Pembangkang, berulang kali juga perbincangan dilakukan bersama Perdana Menteri ketika itu.

“Saya dah beri penjelasan ini berulang kali, walaupun saya terus diserang, kata kita zalimi, tidak beri peruntukan. Semua proses beri peruntukan di semua negara demokrasi mengikuti prosesnya, rundingan.

“Saya beri mandat sepenuhnya kepada Timbalan Perdana Menteri II (Datuk Seri Fadillah Yusof) untuk melakukan perbincangan. Tidak ada syarat kata mesti sokong Perdana Menteri, tidak ada.

“Saya tidak pernah kenakan syarat itu. Ia sama seperti kami lakukan semasa Bera (Datuk Seri Ismail Sabri) menjadi Perdana Menteri, juga diwakili kedua-dua pihak, ada rundingan lima, enam kali, kemudian tersangkut satu dua isu.

“Saya sebagai Ketua Pembangkang (pada waktu itu), bincang dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri) dan muktamadkan perkara demikian.

“Saya menyeru kepada YB Pendang, kalau boleh, sampaikan kepada semua wakil-wakil parti dan segerakan perbincangan supaya hal ini tidak lagi jadi isu yang memanaskan suhu di dewan ini.

“Tak payah berlari, joging ke tak payah. Runding sahaja, bincang, selesai,” katanya.

Awani | Foto : Bernama | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...