Tiba awal, tiga calon PRK Ayer Kuning selesai mengundi 

KUALA LUMPUR, 26 APRIL — Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning menyaksikan ketiga-tiga calon bertanding selesai mengundi di pusat yang ditetapkan.

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir selesai menjalankan tanggungjawabnya di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong pada 8.52 pagi tadi, lapor Sinar Harian.  

“Alhamdulillah saya sudah selesai menunaikan tanggungjawab. Saya lihat proses pengundian berjalan lancar.

“Harap seluruh pengundi dapat keluar awal beramai-ramai melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih. Kebetulan cuaca pada pagi ini juga redup,” katanya.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek yang tiba bersama isteri, Rabiah Abdul Aziz selesai menjalankan tanggungjawabnya pada 8.35 pagi tadi.

Yang Dipertua PAS Tapah itu selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Ayer Kuning pada 8.35 pagi turut hadir bersama ibu dan bapanya.

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) selesai menjalankan tanggungjawabnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pheng Lok pada 8 pagi tadi.

Bawani KS, 39, yang mengundi di saluran dua diiringi Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan sebelum menyantuni pengundi sehingga jam 6 petang nanti.

PRK Ayer Kuning diadakan susulan penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Ishsam yang mewakili BN Pada Pilihan Raya Umum lalu menang dalam pertandingan lima penjuru dengan majoriti 2,213 undi.

Seramai 31,281 pengundi layak menjalankan tanggungjawab mereka di 19 pusat mengundi yang ditetapkan sehingga 6 petang nanti.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...