Tiada rahsia, KPKT serah bukti MyKiosk ke SPRM

KUALA LUMPUR, 22 MEI — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tampil menyerahkan dokumen berkaitan projek MyKiosk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

KPKT dalam satu kenyataan di Facebook mendakwa penyerahan dokumen itu sebagai bukti komitmen dalam memastikan ketelusan serta integriti projek MyKiosk.

“Langkah ini diambil berikutan aduan yang dibuat oleh pihak tertentu tentang dakwaan berlaku penyelewengan dalam pelaksanaan projek MyKiosk. 

“Hari ini KPKT yang diwakili oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali dan pasukan KPKT tampil secara sukarela memberikan kerjasama. 

“Dengan menyerahkan dokumen kepada SPRM, kami berharap dapat memberikan keyakinan kepada rakyat, setiap urusan dan pelaksanaan program adalah telus,” katanya.  

MCA Selangor semalam membuat laporan kepada SPRM menggesa siasatan projek MyKiosk kendalian KPKT itu.

Ketua Pemudanya, Tan Jie Sen mendakwa hanya sebahagian kiosk beroperasi walaupun projek membabitkan kos besar.

KPKT berkata pihaknya sentiasa komited untuk memastikan semua inisiatif dan program kerajaan dilaksanakan dengan penuh integriti.

Katanya, semua peruntukan projek MyKiosk disenaraikan dalam inisiatif belanjawan dan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan mengikut prosedur ditetapkan.

“KPKT berharap agar langkah ini dapat memberikan gambaran jelas kepada rakyat bahawa kerajaan sentiasa berusaha mempertingkatkan integriti dalam segala aspek,” katanya.

Kementerian di bawah kepimpinan Timbalan Pengerusi DAP Nga Kor Ming itu mendakwa maklumat terperinci mengenai MyKiosk sudah disalurkan di media sosial.

Katanya, semua perolehan dan pelantikan kontraktor MyKiosk sudah dilaksanakan oleh 133 pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui sebut harga terbuka.

“Kos siling bagi MyKiosk 2.0 adalah RM25,000. Harga bagi setiap unit kiosk adalah munasabah dan membolehkan kontraktor bersaing secara adil.

“Ia melalui proses sebut harga yang telus dan terbuka di peringkat PBT masing-masing,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom 

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...