Tiada Peruntukan, Syed Saddiq Terpaksa Menjadi Model Untuk Rakyat Muar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mendedahkan beliau sudah melakukan rundingan sebanyak lima kali dan menghantar surat maklumat balas kepada kerajaan berhubung perkara itu.

“Saya sudah berunding sebanyak lima kali, surat demi surat sudahpun dihantar. Lebih 400 hari tetapi bantuan daripada kerajaan di Pusat Khidmat Parlimen Muar, kosong ringgit.

“Kalau tak nak kasi, cakap sahaja dalam Dewan ini, tak nak kasi jangan bermuka-muka. Di luar kata lain, di dalam kata lain.

“Saya sudah cuba berkali-kali namun tidak berjaya… sebab itu saya lari dan jadi model. Ada Ahli Parlimen marah saya jadi model.

“Saya terpaksa jadi model… akhirnya dapat sumbangan RM1 juta untuk Parlimen Muar,” katanya pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, di Dewan Rakyat, di sini pada Selasa.

- Iklan -

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Salah faham, Fahmi bebas keluar negara, kata KPN

KUALA LUMPUR, 8 JUN — Ketua Polis Negara (KPN)...

Jangan soal haji kayangan Nurul Izzah, kata pempengaruh

KUALA LUMPUR, 8 JUN — Pempengaruh media sosial menggesa...

Kerajaan beri Fahmi kejutan sambutan hari jadi

KUALA LUMPUR, 7 JUN — Pereka grafik, Fahmi Reza...

Rebut peluang, Rafizi gesa belia segera daftar haji

KUALA LUMPUR, 6 JUN — Datuk Seri Rafizi Ramli...