Tiada majoriti Melayu, PAS seru insafi PRU Singapura

KUALA LUMPUR, 10 MEI — PAS menggesa Pilihan Raya Umum (PRU) Singapura minggu lalu dijadikan iktibar dalam kemerosotan kuasa Melayu. 

Bendaharinya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata jumlah tertinggi orang Melayu hanyalah 23 peratus iaitu di kawasan Tampines. 

“Banyak perkara yang kita boleh belajar atau ambil iktibar dari negara itu supaya kita insaf. Parlimen dengan peratus orang Melayu tertinggi hanya sekitar 23 peratus sahaja.

“Kawasan itu adalah Tampines di mana parti kerajaan PAP menang tipis hanya mendapat 53 peratus undi popular. Tidak ada kawasan orang Melayu adalah majoriti,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi video yang disiarkan di laman Facebook miliknya semalam mengulas keputusan PRU Singapura. 

Katanya, UMNO pernah memenangi tiga kerusi pada PRU 1959 namun ia kini hanya tinggal sejarah. 

“UMNO pernah ada di Singapura, mereka menang Kampung Kembangan, Geylang Serai dan Kepulauan Selatan (Southern Islands). 

“Kalau UMNO boleh menang maknanya kawasan itu majoriti orang Melayu tetapi keadaan sudah bertukar. 

“Mengapa bertukar kerana berlaku pembangunan semula di mana Kampung Melayu sudah lenyap dan pupus. 

“Perkara yang sama boleh berlaku di negara kita iaitu di bandar Malaysia jika pembangunan semula bandar dilakukan tanpa sebarang kawalan,” katanya. 

Iskandar berkata atas dasar itu Perikatan Nasional menggesa Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dikaji semula demi kelangsungan orang Melayu.

Katanya, Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibentangkan kelak perlu memberi perhatian kepada perumahan Bumiputera dan unit mampu milik. 

“Itu sebab kami bantah Akta PSB yang dicadangkan oleh kerajaan. 

“Kami merasakan ia perlu dipinda dengan mewajibkan kuota Bumiputera dan rumah mampu milik dalam mana-mana pembangunan semula,” katanya.     

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...