Tiada kompromi ilustrasi salah Jalur Gemilang, kata Fadhlina

KUALA LUMPUR, 30 APRIL — Fadhlina Sidek menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu kesalahan ilustrasi Jalur Gemilang. 

Menteri Pendidikan itu berkata semua pihak perlu memberi ruang kepada siasatan dalaman agar insiden sama tidak berulang. 

“Kita tidak akan berkompromi dalam soal-soal yang melibatkan siasatan ini. Kita bagi ruang kepada siasatan penuh. 

“Saya pun mahukan siasatan penuh dijalankan supaya tidak diulangi kesilapan yang bagi saya sudah memberikan kesan besar.

“Isu Jalur Gemilang bukan main-main, jadi bagi ruang dan kita akan beri komitmen serta sokongan penuh kepada proses siasatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Putrajaya semalam. 

KPM minggu lalu mengemukakan permohonan maaf selepas Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia memaparkan ilustrasi salah Jalur Gemilang.

Perdana Menteri memandang serius isu berkenaan dengan menegaskan tiada siasatan dua darjat membabitkan penghinaan Jalur Gemilang. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pihak perlu lebih berhati-hati dalam mengaplikasikan kecerdasan buatan (AI) agar kesilapan sama tidak berulang.   

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

3 September – Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina

Prosiding inkues bagi kes kematian Zara Qairina Mahathir ditetapkan...

Manchester United Dibaham Arsenal Dihalaman Sendiri

Riccardo Calafiori pemusnah MU dihalaman sendiri,dalam perlawanan pembukaan bagi...

35kg ganja: Dua anak doktor didakwa pagi ini

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 34 tahun akan didakwa...

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada nilainya

Sayang saya pada agama,bangsa dan tanah air ini tiada...