Tewas Pemilihan PKR; Rafizi, Nik Nazmi umum letak jawatan

KUALA LUMPUR, 28 MEI — Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli bersama Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengumumkan peletakan jawatan.

Rafizi berkata peletakan jawatannya akan berkuatkuasa pada 17 Jun selepas menghabiskan baki cuti tahunannya bermula hari ini.   

“Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baharu yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat.

“Kekalahan saya dalam Pemilihan PKR baru-baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR.

“Seperti amalan di negara yang menitik berat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi.

Sementara itu, Nik Nazmi yang akan mula bercuti esok mengumumkan tarikh akhir perkhidmatannya di kementerian pada 4 Julai.

Katanya, peletakan jawatannya sebagai menteri Kabinet juga disebabkan tewas dalam Pemilihan PKR bagi merebut jawatan Naib Presiden.

“Saya dapati kedudukan saya sebagai Naib Presiden PKR sebagai salah satu pertimbangan pelantikan ke dalam Kabinet. 

“Disebabkan saya gagal mempertahankan jawatan saya dalam pemilihan baru-baru ini, saya memutuskan untuk meletak jawatan menteri. 

“Saya teruja untuk kembali sebagai ahli parlimen biasa dan fokus kepada kawasan saya di Setiawangsa,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...