Tengku Zafrul harap AS kurangkan tarif sampai sifar

KUALA LUMPUR, 2 MEI — Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berharap Amerika Syarikat (AS) dapat mengkaji tarif timbal balas sehingga berada pada kadar sifar. 

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata bagaimanapun rundingan bersama AS perlu menghasilkan keputusan menang-menang bagi memanfaatkan kepentingan dua negara. 

“Semasa pertemuan, mereka bersetuju kami perlu berbincang lebih lanjut berhubung parameter yang disebutkan. 

“Kami belum membincangkan butiran terperinci. Kami berbincang parameter umum dahulu sama ada mereka mahu berunding dengan kita. Berita baik mereka mahu.   

“Pertamanya berhubung tarif kerana objektif utama kami untuk mengurangkan tarif, jika boleh sehingga sifar. Tetapi jelasnya kami perlu mencari langkah menang-menang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi video yang disiarkan di laman sosial miliknya semalam mengulas hasil rundingan bersama kerajaan AS.

Tengku Zafrul minggu lalu mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Perdagangan AS Howard Lutnick dan wakil perdagangan AS Duta Besar Jamieson Greer di Washington. 

Katanya, menerusi pertemuan itu Malaysia dan AS juga berbincang mengenai lebihan dagangan yang kini berada pada paras AS$25 juta. 

“Lebihan dagangan berdasarkan angka mereka, surplus kita sekitar $AS25 juta. Mereka mahu melihat bagaimana kita dapat mengurangkannya.     

“Tahun lalu kita sudah kurangkan hampir separuh. Daripada lebih $AS40 juta kepada $AS25 juta. Kita sedang menuju ke arah yang betul. 

“Jangkaannya bagaimana kita boleh kurangkannya lagi tetapi tidaklah dalam masa terdekat,” katanya.

Ketua UMNO Kota Raja itu berkata pertemuan bersama kerajaan AS turut membincangkan halangan bukan tarif agar ia dapat dilihat secara adil.

Katanya, AS juga melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan ekosistem ekonomi di Malaysia agar ia dapat lebih diperketatkan.

“Mereka sangat bimbang teknologi yang dibangunkan di sini jatuh ke tangan yang tidak kena dengan AS. Jadi di sini kita akan lihat kepada penguatkuasaan. 

“Salah satu idea yang kita cadangkan ialah perjanjian keselamatan teknologi,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan -

Ikuti Kami

Ingin Maklumat Terkini?

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Maut hisap vape, menteri tubuh jawatankuasa khas 

KUALA LUMPUR, 13 MEI — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)...

Anwar ucap takziah, gesa siasatan nahas FRU  

KUALA LUMPUR, 13 MEI — Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PAS rakam ucapan takziah nahas FRU di Teluk Intan

KUALA LUMPUR, 13 MEI — PAS menzahirkan ucapan takziah...

10 maut trak FRU bertembung lori batu

KUALA LUMPUR, 13 MEI — 10 maut dalam nahas...