Tarif AS lonjak kos iPhone 120 peratus, kata Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, 24 APRIL — Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan kos iPhone di Amerika Syarikat (AS) akan meningkat 120 peratus selepas tarif timbal balik berkuatkuasa.  

Bekas perdana menteri itu berkata ia berikutan telefon tersebut dihasilkan di India dan China sebelum dieksport ke pasaran antarabangsa. 

“Apple mengeluarkan iPhone kebanyakannya di China dan India untuk pasaran dunia termasuk AS. 

“Jika tarif tinggi dikenakan untuk produk import, kos iPhone AS yang dikeluarkan di China akan meningkat 120 peratius berbanding negara lain.  

“AS bukan pengeluar iPhone terbesar. Jadi jika kos import meningkat disebabkan tarif tinggi, tiada iPhone tempatan yang memenuhi kehendak rakyat AS,” katanya.  

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas pengenalan tarif timbal balik AS. 

Katanya, AS akan mengkaji semula tarif tinggi itu dalam tempoh tiga bulan bagi memastikan kos sara hidup di negara tersebut tidak naik mendadak. 

“Saya beri Donald Trump tiga bulan sebelum beliau menghentikan seketika tarif tingginya. Ini kerana tarif tinggi lebih membebankan rakyat AS berbanding negara lain. 

“Jika AS cuba mengeluarkan produk di negara itu, kos akan menjadi tinggi dan ia tidak akan laris. Produk juga tidak boleh dieksport kerana tidak boleh bersaing di pasaran global.

“Kesan tarif tinggi di AS menyebabkan kekurangan barangan penting dan kurang penting. Begitu juga kekurangan perkakas dan komponen,” katanya.

Tun Mahathir berkata dengan tarif tinggi import, kos pengeluaran dan sara hidup di AS akan meningkat. 

Katanya, peningkatan kos sara hidup akan memaksa kenaikan gaji sekaligus menambahkan lagi kos pengeluaran dan sara hidup. 

“AS akan kehilangan pasaran luar kerana produknya tidak mampu bersaing di pasaran global. Akan berlaku banyak demonstrasi oleh rakyat AS. 

“Mereka tidak akan hebat. Saya beri AS (Trump) tiga bulan. Mungkin lebih lama, mungkin saya silap. Kita lihatlah nanti,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

PERKASA bimbang leftenan bukan Melayu bawa agenda tersirat

KUALA LUMPUR, 26 JUN — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia...

Ceroboh kondo, PPIM tuntut Public Bank mohon maaf

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Persatuan Pengguna Islam...

Maria Chin gagal cabar keputusan Mahkamah Syariah

Oleh Kamil Awang PUTRAJAYA, 26 JUN — Mahkamah Persekutuan hari...

Dakwa menantu Hadi main sentimen PM Cina, kata DAP

PUTRAJAYA, 25 JUN — Lim Guan Eng menyelar kenyataan...