Tanah kubur makin sempit, menteri saran fokus Semenyih

KUALA LUMPUR, 27 MEI — Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menjelaskan pembukaan Tanah Perkuburan Islam di Hulu Semenyih mampu menampung keperluan jenazah sehingga 28 tahun lagi. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu berkata tanah perkuburan Islam di Kuala Lumpur sudah mencapai lebih 70 peratus penggunaan.

“Situasi hari ini, tanah perkuburan Islam di Kuala Lumpur sudah mencapai lebih 70 peratus kadar penggunaan dengan berbaki kapasiti mencukupi lima hingga tujuh tahun.

“Dengan pembukaan tanah perkuburan ini, keperluan boleh ditampung sehingga 28 tahun lagi,” katanya menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam. 

Zaliha berkata satu pertemuan turut diadakan bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bagi membincangkan hal terkait persekutuan dan negeri. 

Katanya, isu dibincangkan termasuk tanah perkuburan Islam di Hulu Semenyih yang tertangguh sejak 30 tahun lalu tanpa penyelesaian tuntas.

“Pertemuan ini penting untuk memastikan pembangunan tersebut dilaksanakan secara inklusif dan memanfaatkan kedua-dua pihak secara menang-menang,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...