Tali pinggang keledar, guna bas syor awal nahas FRU

KUALA LUMPUR, 12 JUN — Kementerian Pengangkutan mengesyorkan beberapa langkah penambahbaikan untuk meningkatkan tahap keselamatan kenderaan kerajaan.  

Pasukan petugas khasnya berkata antara langkah yang perlu diambil penguatkuasaan tali pinggang keledar dan penggunaan bas yang lebih selamat. 

“Semua agensi dan jabatan kerajaan perlu memastikan pemakaian tali pinggang keledar dalam kenderaan milik kerajaan dipatuhi sepenuhnya.

“Jabatan kerajaan mempertimbangkan opsyen penggunaan bas bagi pergerakan pentadbiran dan bukan operasi penumpang terutama bagi tujuan rasmi,” katanya. 

Pasukan itu memberikan syor menerusi laporan awal insiden kemalangan membabitkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak pada 13 Mei lalu.  

Katanya, sistem pemantauan bersepadu bagi kenderaan komersial perlu dibangunkan seperti sistem navigasi satelit sejagat (GNSS) dan kamera papan pemuka.

“Antara cadangan lain termasuk memasang kamera papan pemuka pada kenderaan milik kerajaan bagi pemantauan operasi dan keselamatan secara lebih menyeluruh.

“Mempertimbangkan peluasan penggunaan perakam data dan teknologi pemantauan kepada kenderaan milik kerajaan.

“Ia tertakluk kepada penilaian terhadap keperluan operasi khusus serta dasar keselamatan bagi setiap agensi,” katanya.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Mukriz Mahathir Templak Anwar

“Tun Mahathir perasuah”, tuduh Anwar Ketika Tun Mahathir berjabat tangan...

𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥

1. Anwar cabar supaya pihak lawan mengemukakan usul tidak...

ULASAN AWAL RMK13: ANTARA ASPIRASI DAN REALITI PELAKSANAAN – YB Syahir Sulaiman

Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dibentangkan pada saat Malaysia...