Syed Saddiq setuju perlu ada rundingan untuk peruntukan adil & saksama

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa perlu ada proses rundingan untuk peruntukan yang adil dan saksama.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Selasa selepas mendengar jawapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan peruntukan sama rata kepada pembangkang.

Dalam jawapan beliau, Perdana Menteri menegaskan rundingan perlu dilakukan bersama kerajaan, sama seperti dilakukan beliau semasa menjadi Ketua Pembangkang.

“Saya setuju bahawa tidak harus ada mana-mana Ahli Parlimen atau pimpinan politik yang ego, sombong, tidak ingin berunding untuk bantuan kebajikan bagi kawasan Parlimen dan rakyatnya.

“Saya harap apa yang berlaku sebelum ini di Bera akan diteruskan di bawah pimpinan Perdana Menteri dan insya-Allah akan dapat diteruskan sebagai standard politik yang baik pada masa-masa pemerintahan akan datang,” katanya.

Awani | Foto : Bernama | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...