Syed Saddiq bebas tuduhan pecah amanah, gubah wang haram

Oleh Kamil Awang 

PUTRAJAYA, 25 JUN — Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada empat tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Noorin Badaruddin sebulat suara dengan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan.

“Kami mendapati tiada keterangan kukuh menyokong pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan berkaitan salah guna harta. 

“Pertuduhan pengubahan wang haram di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) juga tidak dapat dipertahankan,” katanya ketika mambacakan keputusan hari ini. 

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azman Abdullah yang menolak penghakiman Mahkamah Tinggi pada November 2023. 

​​Syed Saddiq, 32, sebelum ini didapati bersalah bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari ARMADA Rafiq Hakim Razali dalam kes penyalahgunaan dana RM1 juta.

Ahli Parlimen Muar bagaimanapun pada 9 November 2023 memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.

Beliau diwakili peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Konflik Thailand-Kemboja : PN ucap penghargaan kepada PM

Perikatan Nasional (PN) mengucapkan penghargaan dan syabas kepada Perdana...

Kejayaan Yg Tidak Didendangkan di Jerman,Tahniah UPSI

Pasukan Sepak Takraw Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan...

Dan cukup-cukuplah jenis buat dulu baru minta maaf – Dr Akmal

Mcm mana nak ajar murid perkara betul jika pasang...

Kes Zara Qairina: Kertas siasatan diserah kepada Peguam Negara

Kertas siasatan berhubung kematian pelajar sekolah agama, Zara Qairina...