Susulan insiden tembakan semasa berkempen di Pennsylvania – Trump Dilaporkan “OK”

Trump dilihat dengan telinga kanannya berlumuran berdarah ketika beliau dibawa keluar dari pentas. (Foto AP)

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump “dalam keadaan baik” selepas dilaporkan cedera dalam insiden tembakan semasa berkempen di negeri Pennsylvania, AS.

Trump dilihat dengan telinga kanannya berlumuran berdarah ketika beliau dibawa keluar dari pentas, menurut rakaman media sosial.

Agensi Anadolu melaporkan jurucakap Trump Steven Cheung berkata bekas presiden itu “dalam keadaan baik.””Trump mengucapkan terima kasih kepada pihak penguatkuasa undang-undang dan petugas kecemasan atas tindakan pantas mereka semasa kejadian keji ini. Beliau dalam keadaan baik dan sedang diperiksa di kemudahan perubatan tempatan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Kejadian tembakan itu sedang disiasat sebagai kemungkinan cubaan membunuh, lapor CNN, memetik pegawai penguatkuasa undang-undang.

Penyerang itu telah dibunuh oleh Perkhidmatan Rahsia, menurut sumber dari agensi itu, kata CNN. Seorang peserta perhimpunan turut terbunuh.

Perkhidmatan Rahsia berkata ia telah melaksanakan langkah perlindungan dan bekas presiden itu berada dalam keadaan selamat, menurut laporan itu.

“Ini kini merupakan penyiasatan Perkhidmatan Rahsia yang aktif dan maklumat lanjut akan dikeluarkan apabila tersedia,” katanya.

Foto : AP | BERNAMA | #InspirasiChannelz

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

BN bersama PH tapi tidak GRS! PH bersama BN dan GRS? Politik Sarkis

Apasaja boleh dilakukan PH dibawah pimpinan Anwar Ibrahim untuk...

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN?

KHAIRY JAMALUDDIN PRESIDEN PARTI IKATAN? Ramai yg mengirimkan persoalan benarkah...

Anwar mohon batal saman

Anwar Ibrahim memohon membatalkan saman pemula difailkan peguam P....

Skandal FAM – “Individu berpengaruh dan berkuasa”menjadi dalang?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan agar “individu berpengaruh dan...