Sultan Selangor dukacita pemergian Tun Abdullah

KUALA LUMPUR, 15 APRIL — Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor turut menzahirkan perutusan takziah kepada waris dan keluarga Allahyarham khususnya balu Tun Jeanne Abdullah.

“Tuanku Sultan yang mengenali Allahyarham sejak lewat 1960-an menyifatkan Allahyarham sebagai seorang negarawan yang berdedikasi dan tenang.

“Serta diingati sebagai seorang pemimpin yang amat mementingkan kesejahteraan rakyat.

“Duli-Duli Tuanku mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan para solihin,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian seperti yang disiarkan di laman Facebook Pejabat Diraja Selangor hari ini. 

Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara di sini pada 7.10 petang semalam.

Allahyarham dilantik sebagai Perdana Menteri Kelima pada 31 Oktober 2003 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan. 

Enam tahun menerajui kerajaan, Tun Abdullah kemudiannya mengumumkan peletakkan jawatan sebelum digantikan dengan Datuk Seri Najib Razak pada 2 April 2009.

Ikuti saluran Telegram Inspirasi Channelz: https://t.me/inspirasichannelzcom

- Iklan - Image Slider

Ikuti Kami

Popular

Date:

Berita-berita Lain
Berita Lain

Politik Gila Jawatan & Kejar Kuasa,PAS Wajar Tinggalkan PN & Bergerak Solo

Rakyat masih sedar dalam ingatan bagaimana sebuah kerajaan yang...

Pemimpin Umno Ibarat “ANJING MENYALAK BUKIT?”

Pelbagai versi pengamal undang-undang serta pemimpin-pemimpin politik memberi pandangan...

Pecat 3 Adun Ini Kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan...

Fikir semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan

UMNO sepatutnya memikirkan semula kedudukan di dalam Kerajaan Perpaduan...